Tujuan saya mencoret di blog ini sebenarnya mahu dijadikan sebagai diari. Tatkala saya membaca blog saifulislam yang diminati oleh isteri saya. Timbul satu keyakinan dan kekuatan dalam diri saya untuk melakukan jihad. Ya.. Saya menganggap perubahan yang ingi saya lakukan sebagai jihad. Jihad untuk diri sendiri , keluarga, agama mahupun negara. Begitu besar bunyinya namun saya punya alasan yang cukup signifikan.
Saya tidak mahu untuk berkongsi disini segala alasan tersebut tambahan tujuan blog ini dicipta bukanlah untuk dijadikan perkongsian. Ia lebih kepada wadah untuk saya mencoret pencapaian harian saya ketika saya melalui proses tranformasi.
Sesiapa yang terjumpa blog ini saya harap anda boleh mendoakan kejayaan saya dalam setiap apa yang saya usahakan..terima kasih
No comments:
Post a Comment