Thursday, July 7, 2011

Hari pertama

baiklah..saya sedang menanti detik 12 malam ..menantikan jumaat 8/7/2011.. Pada hari yang menjadi penghulu hari itu saya akan memulakan kerja-kerja tranformasi. semoga saya berjaya.
Lantas saya akan letakkan 6 Fasa dalam proses tranformasi ini. dan dalam setiap fasa saya akan meletakkan menu yang berasingan.

Bermula dengan fasa pertama
8/7/2011 : 1 Biji EPAL dan 2 Botol air mineral 1.5 liter
9/7/2011 : 1 Biji PEAR dan 2 Botol air mineral 1.5 liter
10/7/2011 : 1 Gugus Anggur dan 2 Botol air mineral 1.5 liter
11/07/2011: 1 Batang Timun dan 2 Botol air mineral 1.5 liter
12/07/2011: 1 JAMBU BATU dan 2 Botol air mineral 1.5 liter
13/07/2011: 1 Biji EPAL DAN 2 Botol air mineral 1.5 liter
14/07/2011: 1 Biji JAMBU BATU dan 2 Botol air mineral 1.5 liter

Jika larat saya akan update pencapaian saya setiap hari..Jika tidak saya akan update selepas saya berjaya melepasi fasa 1. doakan kejayaan saya..

Pertama

Tujuan saya mencoret di blog ini sebenarnya mahu dijadikan sebagai diari. Tatkala saya membaca blog saifulislam yang diminati oleh isteri saya. Timbul satu keyakinan dan kekuatan dalam diri saya untuk melakukan jihad. Ya.. Saya menganggap perubahan yang ingi saya lakukan sebagai jihad. Jihad untuk diri sendiri , keluarga, agama mahupun negara. Begitu besar bunyinya namun saya punya alasan yang cukup signifikan.

Saya tidak mahu untuk berkongsi disini segala alasan tersebut tambahan tujuan blog ini dicipta bukanlah untuk dijadikan perkongsian. Ia lebih kepada wadah untuk saya mencoret pencapaian harian saya ketika saya melalui proses tranformasi.

Sesiapa yang terjumpa blog ini saya harap anda boleh mendoakan kejayaan saya dalam setiap apa yang saya usahakan..terima kasih